PENGUJIAN PANCARAN “ENERGI” AYAT AL-QUR’AN
Sebelum rekan-rekan membaca tulisan ini, saya akan menjelaskan dahulu latar belakang pengujian yang dilakukan seorang peruqyah dari Malaysia terhadap “kekuatan” yang terpancar dari bacaan Al-Qur’an yang kita baca. Ada seorang pasien (sebut saja namanya Murid N) yang masih anak-anak berumur 6 tahun yang bisa melihat jin/alam ghoib (istilah sekarang anak indigo) yang juga murid seorang peruqyah yang menjadi guru anak tersebut disekolah.
Ketika dibacakan padanya ayat-ayat suci Al-Qur’an dengan niat untuk meruqyah anak tersebut dapat melihat berbagai cahaya yang keluar dari tubuh pembacanya (peruqyah). Anak indigo ini memang ternyata ketika diruqyah dengan tingkat kekhuyukan yang tinggi ada sosok khodam makhluk ghoib (yang berilmu tinggi) yang membantunnya untuk melihat alam ghoib dan mampu melihat pancaran kekuatan yang keluar dari peruqyah yang membaca ayat suci Al-Qur’an maupun doa-doa rasulullah.
Pengujian ini TIDAK bisa dijadikan sandaran kebenaran sebab bisa saja pandangan anak tersebut di tipu oleh khodam jin tersebut. Namun hanya sekedar pengetahuan saja. Saya pribadi dalam setiap ruqyah sebagian besar jin yang saya ajak dialog saya sering mengatakan mengapa kalian kesakitan dan terbakar ? mereka tidak dapat melihat gelombang panas yang menerpa tubuh mereka namun mereka merasakan hawanya saja. Walaupun ada juga pengakuan jin yang mengatakan pada saya mereka melihat api/cahaya lain yang menyakiti tubuh mereka (ilmu dan kemampuan tiap jin berbeda-beda, begitu juga ilmu dan kemampuan peruqyah juga berbeda-beda tergantung maqomnya).
Sekali lagi pengakuan jin harus ditimbang dari sisi syari’at kita tidak bisa menyalahkan 100% dan membenarkan 100% . Sebab walaupun sebetulnya bangsa setan adalah pembohong mereka dapat berkata benar (Ingat kisah Abu Hurairah menangkap setan pencuri yang membocorkan khasiat ayat kursi).
Ketika meruqyah JANGAN pernah meyakini bahwa ada kekuatan dalam ayat suci Al-Qur’an melainkan semua atas pertolongan dari Allah Ta’ala. Permasalahan wujud kekuatan/energy apa yang keluar dari bacaan ruqyah yang kita baca adalah perkara ghoib yang tidak seyogyanya kita menelitinya terlalu jauh sebab akan melunturkan keikhlasan kita dalam berdoa malah nantinya akan selalu mengharap dan mengkhayalkan kekuatan dari firman Allah tersebut.
Saya mengkhawatirkan artikel ini bisa menjadi fitnah bagi diri saya pribadi maupun peruqyah lainnya sebagaimana artikel ruqyah yang lainnya, maka saya sangat mewanti-wanti timbanglah dari sisi syari’at karena peruqyah seperti saya ini bisa saja berbuat kesalahan sebab saya hanya manusia biasa, jika bertentangan dari sisi syari’at kritiklah dan saya tidak segan-segan ruju’ jika memang saya telah menyimpang dari syari’at sebab saya cuma tholabul ilmi saja tidak lebih dari itu……………..
Berikut ini pengujian yang dilakukan peruqyah dari Malaysia tersebut.
Di sini dapat saya bahagikan beberapa kategori pengujian :
1. Pagar diri dgn ayat Qursi dan Yassin ayat 9.
2. Ayat al-Quran di baca pada air dan dihembus ke dlm gelas.
3. Sesuatu keluar dari tangan pembaca apabila di baca ayat2 al-Quran.
4. Perubahan berlaku kepada tubuh si pembaca ayat al-Quran.
5. Perubahan berlaku pada individu apabila diletakkan tangan pembaca dan dibacakan ayat2 al-Quran kepadanya .
Diingatkan di sini bahawa apa yang berlaku itu adalah hanya penampakan pada mata murid tersebut dan deria rasanya. Dia yang nampak dan merasai apa yang berlaku dan saya tidak nampak atau mengalami apa2 yang pelik.
Post kali ini ingin saya terangkan pengujian no. 1 dan 2. Tapi saya khuatir jika pendedahan ini boleh menimbulkan fitnah. Seandainya ada menimbulkan fitnah, saya akan menarik balik dan memadamkan semua catatan yang berkaitan dgn pengujian ini. “Ya Allah,ampunilah diriku seandainya ia dapat menimbulkan fitnah dalam apa jua keadaan. Lindungi daku dari kejahatan diriku sendiri dan dari kejahatan selain daripadaku”.
Bismillahirahmanirahim.
Pengujian 1
Apabila saya membaca ayat Qursi niat pagar diri, murid tersebut melihat badan saya dikelilingi api. Saya bertanya kepadanya sampai bilakah ia akan mengelilingi saya? Katanya sepanjang masa dan sampai satu masa dalam sehari ia akan hilang. Dia juga menyatakan bahawa sepanjang sesi persekolahan (murid tu perhatikan saya semasa waktu sekolah sahaja)badan saya sentiasa dikelilingi api tersebut.
Saya meminta dia menyentuh api yang mengelilingi saya itu. Katanya panas. Kemudian saya membaca ayat 9 Yasin, tiba2 sahaja api yang mengelilingi saya itu tidak nampak pada pandangan matanya. Apabila saya meminta dia menyentuh sebagaimana dia menyentuh api ayat Qursi tadi, katanya panas juga tapi tak nampak api pun. Jadi dapat saya buat kesimpulan dgn tanggapan yang lemah ini bahawa :
Api yang mengelilingi diri saya itu tetap ada, tetapi tidak dapat dilihat oleh mata murid tersebut kerana “dihalimunankan” (dihilangkan, admin) dgn keberkatan Yasin ayat 9.Teringat saya pada kisah Rasulullah s.aw. membaca ayat ini (Yasin:9) ketika kaum kafir Quraisy mengepung rumah Baginda sebelum berhijrah ke Madinah. Kaum kafir Quraisy dgn izin Allah tidak dapat melihat Rasulullah s.a.w bersama Saidina Abu Bakar r.a. keluar dari rumah tersebut dan dapat melintasi kepungan kafir Quraisy.
Pengujian 2
Saya sediakan 2 gelas air kosong di hadapan murid tersebut. Satu gelas saya tidak membaca apa2 ayat al-Quran. Dan yang satu lagi saya bacakan ayat Qursi dan menghembus ke dalamnya.
Murid tersebut di minta menyentuh kedua-dua air dan melihat warna air tersebut. Jawapannya :
1. Gelas pertama yang tidak dibacakan ayat al-Quran tidak mengalami apa2 perubahan dan tidak merasakan apa2 bila dicelup dgn jarinya.
2. Gelas kedua yang dibacakan ayat Qursi berubah warna menjadi kehitaman dan bila dicelup, dia merasakan kepanasan air tersebut dan cepat ia menarik kembali jarinya kerana tidak tahan dgn kepanasan air tersebut.
3. Pada gelas yang kedua (air dibacakan ayat Qursi),saya membaca pula 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq , An-Naas). Dan murid tersebut memberitahu warna kehitaman air tersebut telah berubah kepada berbagai warna yang tak dapat dia jelaskan. Bila dia mencelupnya, air tersebut tidak lagi panas seperti tadi, tetapi teramat sejuk seperti ais.
Sebagai tambahan pengujian, saya membacakan satu ayat dan niatkan jari saya menjadi pisau. Apa yang saya niatkan itu tidak diberitahu kepadanya. Dgn teliti dia perhatikan jari saya. Katanya, macam pisau yang disaluti ayat al-Quran. Kemudian saya membacakan ayat yang sama, tapi niatkan pedang. Bila selesai membaca dengan tidak semena2 muka dia mendongak ke atas. Katanya pisau tadi menjadi panjang seperti pedang.
Persolannya, apakah semua jin melihat dan merasai perkara yang sama sebagaimana dilihat dan dirasai oleh murid saya yang berkongsi pancaindera dgn jin? Allah Lebih Mengetahui Segalanya. Apapun yang perlu diyakini bahawa sesungguhnya Allah S.W.T.telah berfirman yang bermaksud “Dan Kami turunkan al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…” ayat 82 surah al-Isra’.
Assalamualaikum w.b.t.
Pengujian 3:
Kali ini saya akan kongsikan bersama dapatan saya tentang pengujian 3 iaitu perubahan diri si pembaca ayat-ayat rukyah terhadap murid N sebelum ini. Terlebih dahulu pohonan maaf kepada semua pembaca kerana begitu lama saya biarkan dapat pengujian berikutnya. Allhamdulillah kali ini saya diizinkan olehNya untuk menulis mengenainya.
Catatan ini adalah semata-mata untuk menunjukkan TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH s.w.t. tentang KalamNya melalui bacaan ayat-ayat al-Quran. Terutamanya ayat-ayat rukyah bersumberkan al-Quran al-Karim.
Kadang-kadang kita hanya mencari atau berjumpa tanda kebesaran Allah melalui kalimah Allah, Bismillah… dan sebagainya yang terdapat pada tumbuhan, binatang, awan, angkasa dan lain-lain. Padahal kita tidak nampak atau mencari tanda kebesaran Allah yang paling dekat dengan kita iaitu diri kita sendiri dan Kalamullah.
Maka di sini saya akan hanya mencatat serba-sedikit sahaja dapatan agar ia dapat dikongsi dan dan diambil manafaat daripadanya. Seperti biasa ayat-ayat rukyah = perubahan diri si pembaca yang dinampaki oleh murid N.
Dapatan tersebut adalah seperti berikut :
1. al-Fatihah = badan menjadi bersinar dan di dalamnya ada cahaya biru.
2. al-Baqarah ayat 1-5 = badan berpusing/berputar (lawan jam) seperti puting beliung.
3. al-Baqarah ayat 163-164 = murid N nampak suasana jadi gelap-gelita sehingga badan si pembaca tidak nampak.
4. Ayatul Qursi = badan dilingkari oleh api dari arah depan, belakang, kiri dan kanan.
5. al’Imran ayat 18-19 = badan menjadi 9 pecahan badan yang sama.
6. al-’Araf ayat 54-56 = ayat dapat didengar oleh murid N tetapi badan si pembaca tidak dapat dilihat olehnya.
7. al-’Araf ayat 117-122 = badan menjadi bewarna-warni.
8. al-Jin ayat 1-9 = badan ghaib dan muncul disuatu tempat yang lain dan mucul lagi dan menghilang lagi dan… Perubahan sama berlaku sehingga ayat tersebut habis dibaca.
9. al-Ikhlas = badan terapung.
Pohonan maaf kerana lambat berkongsi dapatan pengujian saya terhadap murid saya (kita gelarkan dia murid N). Ini adalah kerana dalam seminggu dua ini saya disibukkan dengan program sekolah. Saya juga disibukkan dengan murid sekolah Tahun 6 yang bernama Sy*** yang digangguan jin tempohari. Saya ingatkan kes itu sampai di situ sahaja,rupanya ada jin-jin lain (ahli keluarga,sanak-saudara,kawan-kawan,penduduk sekampung)yang membalas dendam sehinggakan beratus-ratus jin memasuki tubuh murid Tahun 6 tersebut. InsyaAllah akan dikongsi bersama nanti.
Berbalik kepada pengujian, insyaAllah kali ini akan saya kongsikan pengujian no. 3(Sesuatu keluar dari tangan pembaca apabila di baca ayat2 al-Quran.) sebagaimana artikel sebelum ini. Ketika membuat pengujian ini, saya sediakan buku catatan. Saya akan memaparkan sebahagian sahaja dapatan daripadanya kerana ada banyak benda pelik yang berlaku. Tapi yang paling saya takut ialah timbulnya fitnah. Nauzubillah.
Saya memulakan pengujian, saya meletakkan jari telunjuk tangan kanan saya pada tangan murid N. Apa saja yang berlaku saya catatkan di dalam buku catatan.Bagi memudahkan para pembaca, pengujian tersebut dikategori seperti berikut :Ayat al-Quran=Apa yang keluar dari tangan pembaca ayat al-Quran=Apa yang dirasai/nampak oleh Murid N.
Al-Fatihah = Cahaya biru = Mencucuk dan Panas
Al-Baqarah : 163-164 = Titisan warna merah = Panas(seperti kena air panas)
Ayat Qursi = Api biru menyala di tangan = Panas
Al-Baqarah 256-257 = Air terpancut keluar = Sejuk(air masuk kedlm tangan)
Al-Baqarah 285-286 = Ayat keluar dari jari = Ayat masuk ke dlm tangan
Al-‘Araf : 54-56 = Asap hitam keluar = Asap hitam masuk ke dlm tangan
Al-Mukminun 115-118 = Tiada apa berlaku = Angin sejuk masuk ke dlm badan
Surah al-Falaq = Keluar jarum = Sejuk (masuk mencucuk badan)
Surah an-Nas = Jari jadi halimunan = Panas
Dikongsikan juga ayat al-Quran Muqqata’ah (rujuk tulisan al-Quran)seperti berikut :
Yasin = Keluar semua cahaya berwarna kecuali hitam = Rasa mencucuk
Ha Mim = Cahaya biru = Rasa sejuk
Ha Mim Ain..Sin..Qaf.. = Air terpancut = Rasa panas dan bergerak2
Ta Ha = Keluar api merah = Rasa panas,mencucuk,bergerak2 dan kadang rasa sejuk.
Pada pendangan saya yang daif ini,janganlah kita mengharapkan semua di atas berlaku apabila kita membaca ayat-ayat al-Quran tersebut ataupun ketika merukyah. Apa yang penting ialah pohonan pertolongan kepada Allah s.w.t. Apa sahaja bentuk pertolongan Allah s.w.t. yang diberikan dan diizinkan ketika merawat hendaklah kita ucapkan Allhamdulillah.. Jika tidak diberikan dan tidak dizinkan Allah s.w.t. hendaklah kita beristighfar dan ucapkanlah juga Alhamdulillah.
InsyaAllah, jika diberi keizinanNya lagi kita akan berkongsi dapatan pengujian seterusnya berkaitan dengan “Perubahan yang berlaku pada si pembaca ayat-ayat Rukyah al-Quran” Wallahu’alam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar